November
- UTUSAN MALAYSIA (Rabu 25 November 09)

Arif Shah Omar Shah (kanan) berbual dengan Mohd. Syukri Jalil di Dewan GiatMara Permatang Pauh, Bukit Mertajam, baru-baru ini.
Muhd. Syukri Juara Reka Cipta
Mohd. Syukri Jalil, 20, dari Pusat GiatMara Tasek Gelugor,
dekat sini dipilih sebagai pemenang melalui
ciptaan ‘Sistem Keselamatan Motosikal’ yang
mampu meningkatkan tahap keselamatan penunggang
kenderaan tersebut.
Dengan kemenangan itu, Mohd. Shukri dari
Kampung Paya Keladi Masjid, Kepala Batas,
dekat sini menerima hadiah wang tunai RM300 serta sijil penyertaan.
Menurutnya, alat ciptaannya itu disiapkan dalam tempoh seminggu dengan bantuan tiga gurunya, Kamaruddin Osman, Bahari Sharif dan Khairiah Zulfa Ahmad.
”Saya tidak menyangka akan menang tempat pertama. Saya bersyukur kerana kerja keras dalam tempoh seminggu akhirnya membuahkan hasil,” katanya.
Mohd. Shukri ditemui pada majlis penyampaian hadiah pertandingan tersebut yang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah.
Turut hadir, Pengurus GiatMara Negeri Pulau Pinang, Hasanudin Abdul Salam.
Menurut Mohd. Shukri, alat ciptaannya itu berfungsi memberi amaran bunyi kepada penunggang motosikal sekiranya terlupa mengangkat tongkat selepas gear dimasukkan.
”Alat ini boleh dipasang pada motosikal dengan kos sebanyak RM60 sahaja dan ia adalah yang pertama di Malaysia,” tambahnya.
Sebanyak 24 projek reka cipta diketengahkan dalam pertandingan itu melibatkan para pelajar dari 13 Pusat GiatMara di Pulau Pinang.
Arifshah.com 

