Arifshah.com

Pendaftaran PKK

  • Pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor

    Sesebuah syarikat, perniagaan, koperasi atau pertubuhan yang berminat untuk berdaftar sebagai Kontraktor Kerja atau Kontraktor Elektrik bersama Pusat Khidmat Kontraktor adalah dikehendaki terlebih dahulu diperbadankan atau didaftarkan di negara ini dengan salah satu daripada Jabatan berikut :-

    • Pendaftaran Syarikat
    • Pendaftaran Perniagaan
    • Jabatan Pembangunan Koperasi
    • Lembaga Pertubuhan Peladang

      Kedudukan Kewangan Syarikat

      Sesebuah syarikat hendaklah memiliki modal minima seperti berikut untuk layak dipertimbangkan bagi kelas yang dipohon :

      Pendaftaran Kontraktor Kerja Awam

      pkk11

      Pendaftaran Kontraktor Kerja Elektrik

    pkk2

      Ekuiti

      Hanya syarikat, perniagaan, koperasi atau pertubuhan yang mempunyai 100% Ekuiti Tambahan (ekuiti dipegang oleh warganegara Malaysia) yang boleh dipertimbangkan untuk pendaftaran bagi semua kelas, kepala dan sub kepala pendaftaran.

      Syarikat, perniagaan, koperasi atau pertubuhan yang mempunyai Ekuiti Asing (bukan warganegara Malaysia) masih boleh dipertimbangkan untuk pendaftaran tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-

      • Maksima Ekuiti Asing dihadkan kepada daripada 30% modal berbayar syarikat.
      • Dimana wujud Ekuiti Asing maka mestilah juga ada ekuiti Bumiputera yang tidak kurang daripada 30% dari modal berbayar syarikat.
      • Pemberian kepala dan sub-kepala I, II, IV adalah tertakluk kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 15 Tahun 1986 bertarikh 25 Julai 1986 dan Pindaan bertarikh 6 Januari 1987. Syarat ini hendaklah dilekatkan sebagai syarat khas pada sijil pendaftaran syarikat berkenaan.
      • Warganegara asing yang bekerja dengan sesebuah syarikat hendaklah memperolehi permit kerja (work permit) daripada Jabatan Buruh Malaysia atau Jabatan Imigresen Malaysia, dimana berkenaan.

      Penglibatan Lebih Daripada Satu Syarikat

      Permohonan tidak boleh diberi pertimbangan atau bagi syarikat yang sedang berdaftar pendaftarannya akan dibatalkan sekiranya :-

      • Ahli Lembaga Pengarah atau Pemilik Saham memiliki saham melebihi 5% atau RM50,000
      (yang mana terkurang) di dalam mana-mana syarikat yang telah berdaftar dengan PKK di dalam
      bidang kerja atau kepala kerja yang sama.
      • Ahli Pengurusan Syarikat atau kakitangan yang berkelulusan Teknikal terlibat secara aktif di dalam mana syarikat yang berdaftar dengan PKK di bawah bidang kerja atau kepala kerja yang sama.
      • Perniagaan perseorangan yang berdaftar dalam kelas pendaftaran yang rendah menubuhkan perniagaan perkongsian atau Syarikat Sendirian Berhad/Berhad dan didaftarkan dalam kelas yang lebih tinggi maka pendaftaran perniagaan perseorangan di kelas rendah akan dibatalkan bagi kepala kerja yang sama yang telah diluluskan untuk syarikat perkongsian atau Sendirian Berhad/Berhad.

      Syarat Am Pendaftaran

      • Kelulusan pendaftaran diberi berdasarkan maklumat-maklumat yang telah disampaikan oleh syarikat.
      • Sebarang rayuan terhadap keputusan permohonan (lulus/tolak) hendaklah dikemukakan kepada Pengarah PKK dalam tempoh masa 3 bulan dari tarikh surat tawaran pendaftaran atau penolakan pendaftaran. Rayuan yang diterima selepas tempoh masa ini tidak akan diberi pertimbangan.
      • Sebarang perubahan ke atas maklumat-maklumat hendaklah dimaklumkan kepada PKK dalam masa 21 hari dari tarikh perubahan tersebut berlaku.
      • PKK berhak membatalkan atau menggantung pendaftaran syarikat tanpa apa-apa notis jika didapati syarikat gagal mengemukakan maklumat yang dikehendaki.
      • Naskah asal Sijil Pendaftaran hendaklah ditunjukkan semasa dokumen tender atau sebutharga.
      • Pendaftaran diluluskan untuk tempoh 2 tahun sahaja.
      • Syarikat hendaklah mengemukakan permohonan pembaharuan pendaftaran tiga (3) bulan sebelum tarikh luput pendaftaran.
      • Permohonan pembaharuan pendaftaran yang diterima selepas tarikh luput pendaftaran dianggap sebagai permohonan baru dan dikenakan semula fee proses dan fee pendaftaran sepenuhnya.
      • Bagi pendaftaran kontraktor kerja Kelas B dan ke atas, syarikat perlu ada pegawai Teknikal kecuali untuk kepala dan sub-kepala am sahaja.
      • Bagi pendaftaran kontraktor Elektrik Kelas I syarikat perlu ada seorang Jurutera Elektrik dan Sijil Kontraktor Pendawai Kelas A dengan Jabatan Jemaah Pemeriksa Elektrik.
      • Pendaftaran untuk kelas F adalah khas untuk syarikat/perniagaan 100% Bumiputera.

      Kawasan Operasi

      Diseluruh Negara

      • Kelas A, B dan C
      • Kelas D dan E bertaraf Bumiputera
      • Kelas F
      • Kelas I, II, III dan IV
      • Kelas V dan VI bertaraf Bumiputera

      Di dalam Negeri Pendaftaran Sahaja

      • Kelas D dan E
      • Kelas V dan VI

      Di dalam kawasan pentadbiran daerah atau kawasan Wilayah Persekutuan yang didaftarkan.

      • Kelas F sahaja untuk kerja-kerja undi sebutharga dan ‘Requisition’

      Pegawai Syarikat

      Pegawai syarikat yang dinyatakan dalam sijil pendaftaran adalah wakil yang ditauliahkan untuk menandatangani semua dokumen-dokumen kontrak syarikat dan mengambil atau memberi kuasa secara bertulis kepada kakitangan syarikat mengambil borang tender.

      Syarat-syarat Pendaftaran Syarikat Koperasi Pembangunan Daerah / Negeri dan Pertubuhan Peladang Kawasan/Negeri

      Syarikat-syarikat Koperasi atau Pertubuhan Peladang perlu memenuhi syarat-syarat berikut untuk didaftarkan di PKK :-

      • Sebuah sahaja Koperasi Pembangunan dan satu sahaja Persatuan Pertubuhan Peladang didaftarkan di peringkat nasional yang kawasan operasinya meliputi seluruh Semenanjung Malaysia.
      • Sebuah sahaja Koperasi Pembangunan Negeri dan satu sahaja Persatuan Pertubuhan Peladang Negeri didaftarkan di peringkat Negeri yang kawasan operasinya dihadkan meliputi Negeri itu sahaja.
      • Bilangan Pertubuhan Peladang Kawasan yang boleh berdaftar sebagai kontraktor bagi satu-satu daerah adalah tidak dihadkan dan kawasan operasinya adalah di daerah itu sahaja. Bagi Koperasi Pembangunan Daerah, hanya satu sahaja Koperasi Pembangunan Daerah didaftarkan bagi sesuatu daerah dan kawasan operasinya adalah dihadkan dalam daerah di mana ia berdaftar.

      Koperasi Pembangunan Daerah / Negeri / Negara

      • Bidang kerja Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Specialis
      (General and Specialist Civil Engineering Works);
      • Bidang kerja Pembinaan Bangunan (Building Works); dan
      • Bidang kerja Kejuruteraan Mekanikal, Pembersihan dan Air
      (Mechanical, Sanitary and Water Engineering Works).

      Persatuan Pertubuhan Peladang Daerah / Negeri / Negara

      • Bidang kerja Kejuruteraan Awam yang berkaitan dengan aktiviti am Persatuan
      (General Civil Engineering Work Connected with Association’s General Activities); dan
      • Bidang kerja Pembangunan Tanah, Pertanian dan Perhutanan
      (Forest and Land Development Works).
      • Kelas pendaftaran yang diluluskan adalah berasaskan kepada sistem markah; secara amnya
      peringkat kelas untuk Pertubuhan Peladang Kawasan tidak lebih tinggi dari peringkat kelas untuk Koperasi Pembangunan Negeri.
      • Koperasi/Persatuan/Pertubuhan atau yang serupa hendaklah ditaja oleh Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Luar Bandar atau Jabatan Pembangunan Koperasi.
      • Mana-mana Koperasi/Persatuan/Pertubuhan atau Koperasi yang serupa yang telah didaftarkan sebagai kontraktor kerja sebelum ini akan dikaji semula dan dirujuk kepada Kementerian dan Jabatan Pembangunan Koperasi untuk menentukan sokongan mereka.
      • Permohonan-permohonan pendaftaran sebagai kontraktor kerja daripada lain-lain Koperasi atau Pertubuhan iaitu seperti Koperasi Nelayan perlu dirujuk ke Ibu Pejabat PKK untuk keputusan dasar dan Jabatan Pembangunan Koperasi Negara.

      Cara-cara Permohonan Bagi Koperasi dan Persatuan Yang Tidak Ditaja

      Bagi permohonan pendaftaran ialah Koperasi atau Persatuan Pertubuhan Peladang yang tidak dibuat melalui Lembaga Pertubuhan Peladang, Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Jabatan Pembangunan Koperasi yang berkenaan, garis panduan dibawah ini hendaklah dipatuhi :-

      • Semua permohonan pendaftaran sebagai kontraktor kerja daripada Koperasi Pembangunan Daerah/Negeri – hendaklah dikemukakan kepada PKK melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Bahagian Pengawalan dan Penyelarasan Agensi) yang beralamat di Tingkat 1, Bangunan Bank Rakyat, Jalan Tangsi, 59480 Kuala Lumpur).
      • Semua permohonan pendaftaran selaku kontraktor kerja daripada Pertubuhan Peladang Daerah/Negeri hendaklah dikemukakan kepada PKK melalui Lembaga Pertubuhan Peladang, (Bahagian Pembangunan) beralamat di Wisma Peladang, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
      • Kedua-dua agensi Kerajaan yang disebutkan tadi akan memberikan pandangan, ulasan dan sokongan mereka, di mana berkenaan, bagi setiap permohonan.
      • Semua permohonan pendaftaran sebagai kontraktor kerja yang telah atau akan diterima oleh PKK tanpa melalui Agensi Kerajaan yang disebutkan di atas perlu merujuk kepada agensi-agensi yang berkenaan untuk mendapatkan pandangan, ulasan dan sokongan mereka.

      Kelas dan Fee Bagi Kontraktor Kerja Awam

      pkk33

      Had Kewangan (Kos Kerja) Bagi Kontraktor Kerja Awam

      (Pindaan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 14 Tahun 2002)

      pkk4

      Kelas dan Fee Bagi Kontraktor Elektrik

      pkk5

      Had Kewangan (Kos Kerja) Bagi Kontraktor Elektrik

      pkk6

      Lain-Lain Fee

      Lain-lain bayaran yang dikenakan ialah untuk urusan berikut :-

      Tambahan Kepala dan Sub Kepala
      - RM 30.00 bagi tiap-tiap tambahan tanpa mengikut kelas

      Kenaikan Kelas Pendaftaran

      - Perbezaan antara fee pendaftaran kelas baru dan kelas dahulu.

      * Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama Pengarah PKK dengan berpalang melalui salah satu dari empat cara di bawah :-

      • Bank Deraf
      • Kiriman Wang Pos
      • Perintah Juruwang
      • Wang Pos

      * Satu resit rasmi akan dikeluarkan oleh PKK , kepada syarikat sebaik sahaja pembayaran diterima.

      Bidang Kerja

      Kepala dan Sub-Kepala Untuk Pendaftaran Kontraktor Kerja Awam

    pkk7

      Kepala dan Sub-Kepala Untuk Pendaftaran Kontraktor Elektrik

      pkk8