Arifshah.com

SSM

Cara Penubuhan Syarikat

Bagi memulakan sesebuah perniagaan, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) dalam kategori perniagaan yang dipilih. Terdapat beberapa jenis kategori syarikat seperti berikut ;

    Syarikat Milikan Tunggal
    Syarikat Perkongsian ( Enterprise )
    Syarikat Persendirian Terhad ( SDN.BHD. )
    Syarikat Awam ( Berhad )

Sesiapa yang ingin mendaftarkan syarikat tempatan mestilah memajukan dokumen-dokumen yang diperlukan berserta bayaran kepada Suruhanjaya

    Syarikat hendaklah mempunyai:

    • sekurang-kurangnya dua pengarah (pengarah dan pengasas boleh terdiri daripada orang yang sama); dan

    • seorang setiausaha syarikat yang terdiri daripada ahli badan profesional yang telah ditetapkan oleh Menteri atau yang telah dilesenkan oleh Pendaftar Syarikat.
    Pengarah-pengarah dan setiausaha syarikat mestilah mempunyai tempat bermastautin utama atau tempat tinggal hanya di Malaysia.

    Tatacara Penubuhan

    Sebelum mencadangkan nama untuk menubuhkan syarikat, carian nama hendaklah dibuat untuk menentukan sama ada nama yang dipilih boleh digunakan untuk mendaftarkan syarikat berkenaan. Caranya:-

    • Lengkapkan Borang 13A

    • Bayar RM30 untuk setiap nama yang dipohon. Jika diluluskan, nama itu akan disimpan selama tiga bulan dari tarikh kelulusan

    • Dalam tempoh tiga bulan, majukan dokumen-dokumen yang dinyatakan di bawah:

    a) Memorandum dan Perkara-perkara Persatuan (Artikel)

      i) Salinan asal disetemkan sebanyak RM100 pada Memorandum dan RM100 lagi pada Artikel Persatuan di mana-mana pejabat setem.

      ii) Pengarah dan setiausaha syarikat pertama hendaklah dinamakan dalam Memorandum atau Artikel Persatuan.

      iii) Memorandum dan Artikel Persatuan hendaklah ditandatangani oleh dua orang atau lebih pengasas syarikat di hadapan seorang saksi.

      Sesebuah syarikat yang mempunyai modal syer boleh diperbadankan sebagai syarikat sendirian jika

      Memorandum dan Artikel Persatuan

      • menghadkan hak untuk memindah milik syer;
      • menghadkan tidak lebih daripada lima puluh bilangan ahli-ahlinya;
      • melarang apa-apa pelawaan kepada awam untuk memohon beli apa-apa syer atau debentur syarikat; dan

      iv) melarang apa-apa pelawaan kepada awam supaya mendeposit wang dengan syarikat untuk tempoh yang ditetapkan.

    b) Borang 48A – Akuan Berkanun sebelum dilantik menjadi pengarah atau pengasas syarikat. Akuan berkanun ini adalah sebagai perakuan bersumpah oleh setiap pengarah atau pengasas bahawa dirinya bukanlah seorang bankrap; dan dirinya tidak pernah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah. Perakuan ini hendaklah ditandatangani di hadapan orang-orang yang diberi kuasa seperti berikut:

      • Pesuruhjaya Sumpah;
      • Yang Di Pertuan Mahkamah Majistret; atau
      • Mereka yang diberi kuasa di bawah Akta Perakuan Berkanun 1960 (Statutory Declaration Act 1960).

    c) Borang 6 – Akuan Pematuhan. Akuan Pematuhan ini menyatakan segala peruntukan di bawah Akta Syarikat 1965 telah dipatuhi. Akuan ini mesti ditandatangani oleh setiausaha syarikat yang dinamakan dalam Memorandum atau Artikel Persatuan yang bertanggungjawab ke atas pendaftarannya.

    d) Borang 13A yang asal

    e) Salinan surat kelulusan nama syarikat

    f) Salinan kad pengenalan pengarah dan setiausaha syarikat.

    Perakuan Pemerbadanan

    Apabila dokumen-dokumen di atas telah dimajukan dan didapati sempurna untuk didaftarkan, sijil Perakuan Pemerbadanan Syarikat seperti di bawah dikeluarkan:

      • Borang 8 – Sijil pemerbadanan untuk syarikat awam
      • Borang 9 – Sijil pemerbadanan untuk syarikat sendirian

    Dapatkan maklumat berhubung produk dan perkhidmatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) yang dikendalikan oleh Bahagian Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan SSM, bagi kemudahan pelanggan berurusan. Selain itu maklumat berhubung kod etika perniagaan , akta & peraturan , borang-borang daftar niaga , pertukaran maklumat cawangan dan sebagainya serta kadar caj yang dikenakan oleh SSM. Maklumat lanjut , sila klik dibawah untuk ke pautan laman web SSM.

    Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( Laman Web SSM ). sila klik

cialis pharmacie cialis generique cialis prix lovegra avis levitra achat kamagra avis cialis lilly viagra femme achat levitra levitra 20 prix cialis viagra ordonnance acheter levitra kamagra 100mg viagra moins cher kamagra pharmacie levitra france pharmacie viagra viagra prix femme viagra acheter cialis viagra 50mg original cialis kamagra en pharmacie