Kenali Seberang Jaya

Bandar Seberang Jaya telah dilancarkan pada tahun 1976 hasil pembangunan berkembar Bandar Perindustrian Bayan Baru . Kedua-dua bandar in diperkenalkan oleh ( Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang ( PDC ) di bawah polisi untuk mengindustrikan Kawasan Luar Bandar. Seberang Jaya telah dirancang dan dibangunkan untuk mempromosikan pembangunan industri di Kawasan Seberang Perai.
Sebelum polisi ini diperkenalkan, hasil ekonomi utama penduduk setempat hanya bergantung kepada hasil pertanian dan penternakan.
Selepas 20 tahun polisi in dilaksanakan, Seberang Jaya kini telah muncul sebagai kawasan komersil yang pesat membangun dan menyumbng kepada peningkatan taraf hidup dan ekonomi. Kini , populasi penduduk sekitar Bandar Seberang Jaya telah mencecah lebih 80 ribu orang dan menikmati kehidupan yang lebih selesa dan berkualiti.
Pelbagai peluang pekerjaan telah diwujudkan dengan adanya kawasan industri ringan di Kawasan Perindustrian Jelawat, Seberang Jaya serta terbinanya beberapa buah pusat komersil dan beli-belah seperti Sunway Carnival Mall, Giant Supermarket , Billion Supermarket , AEON Jusco Bandar Perda , Tesco Sembilang , Carrefour Seberang Jaya dan beberapa buah agensi kerajaan dan swasta yang turut berpengkalan di Bandar Seberang Jaya ini.
Kemudahan rekreasi dan riadah untuk penduduk setempat turut dibangunkan dan antaranya adalah Pusat Rekreasi Safira Sports Planet , Kompleks Sukan MPSP ( dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sony ), Mini Stadium , Taman Burung Pulau Pinang.
Beberapa fasa baru kawasan perumahan turut dimajukan oleh beberapa syarikat pemaju swasta dan agensi kerajaan untuk menampung permintaan penduduk yang semakin bertambah.
Selain itu, dalam usaha menjadikan Bandar Seberang Jaya ini sebagai pusat metropolitan Seberang Perai, beberapa buah IPTA dan IPTS turut dibina didalam kawasan DUN Seberang Jaya ini bagi melahirkan modal insan yang terbilang dan dijadikan produk penghasilan dari kilang DUN Seberang Jaya ini. Antaranya Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) Kampus Negeri Pulau Pinang , Politeknik Seberang Perai, dan beberapa buah kolej swasta turut didirikan di kawasan ini.
Pendek kata, Bandar Seberang Jaya ini semakin pesat membangun dan taraf hidup serta sosio-ekonomi penduduknya turut meningkat secara agresif dan mendadak sejak tahun 2004 hingga kini iaitu ketika zaman dibawah pengawasan YB Datuk Arif Shah selaku ADUN Kawasan ini hingga kini. Sesungguhnya, tanpa bantuan dan iltizam dari YB Datuk Arif Shah , nescaya pembangunan yang sebegini pesat sukar dikecapi dan dinikmati. Untuk itu, seluruh warga DUN Seberang Jaya amat berterima kasih kepadaya beliau kerana bertanggungjawab meningkatkan tahap kemajuan di kawasan ini demi kesejahteraan masyarakat tempatan. Atas faktor itu jua, rakyat DUN Seberang Jaya terus mengundi dan memastikan beliau memenangi kerusi DUN Seberang Jaya ini untuk penggal kedua dan insya-Allah bagi penggal-penggal yang akan datang jika diizinkan pucuk pimpinan negara.
Bersama membina Seberang Jaya yang Gemilang dibawah Pengawasan YB ADUN Seberang Jaya. ( YB Datuk Arif Shah )

Arifshah.com 

