Arifshah.com

Kenali YB Datuk Arif Shah

no-11YB Datuk Arif Shah Haji Omar Shah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ( ADUN ) Kawasan Seberang Jaya ( N 10 ) selama dua ( 2 ) penggal berturut-turut sejak tahun 2004 hingga kini. Beliau telah dilahirkan pada 2hb November 1956 dan merupakan anak ke-4 daripada keseluruhan 10 orang adik -beradik.Beliau telah menerima pendidikan awal di SRJK(C) Hua Lian, Taiping, Perak dan disusuli dengan sambungan ke sekolah rendah di SRJK(C) Chong Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke SMJK(C) Chong Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu dan menyambung pengajiannya di Chong Hwa High School, Gombak, Kuala Lumpur.

Secara sejarahnya, ayahanda kepada YB Datuk Arif Shah merupakan seorang anak kelahiran Pulau Pinang tetapi oleh kerana bapa beliau yang juga merupakan seorang usahawan, maka mereka seringkali berhijrah atas urusan perniagaan dari satu negeri ke satu negeri yang lain, maka YB Datuk Arif Shah sewaktu zaman persekolahannya turut mengikut bapanya dan terpaksa mengikuti pengajiannya di beberapa Negeri di Semenanjung Malaysia.

Sejak kecil , beliau seringkali mengikuti ayahnya ketika menjalankan urusan perniagaan. Sebaik sahaja beliau menamatkan pengajian tertingginya , beliau telah menceburi pelbagai bidang perniagaan dan amat berpengalaman dalam bidang seperti berikut ;

  • Industri Pembinaan & Pemajuan Hartanah – Melebihi 15 Tahun
  • Industri Pembuatan – Melebihi 10 Tahun
  • Industri Perkhidmatan – Melebihi 5 Tahun
  • Industri Pengiklanan – Melebihi 3 Tahun.
  • Di samping itu, YB Datuk Arif Shah juga merupakan seorang insan yang amat gigih berkerja dan mempunyai banyak idea bernas dan memberansangkan. Semasa berada di kampus pengajian , beliau pernah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Persatuan Siswa Siswi FIT ( Federal Institute of Technology ). Memandangkan minat beliau dalam bidang perniagaan , beliau juga telah banyak didedahkan dengan suasana persekitaran urusniaga antarabangsa termasuk di beberapa kawasan di Negara China seperti Beijing, Tianjian, Chen Du, Guangzhou, Qu Yan, Xian , Nin Xia , Hong Kong dan lbeberapa negara Timur Tengah yang lain .

    Selain itu , pengalaman beliau menjalankan urusniaga di beberapa negara seperti di Amerika, Belgium, England termasuk London, Dusseldorf, Frankfurt, Moscow, South Africa, Jeddah, Mecca, Jordan, Iraq dan negara jiran , membolehkan beliau menimba banyak pengalaman serta gambaran dari negara-negara luar untuk dimanfaatkan bersama dalam karier perniagaan dan minat beliau dalam bidang politik.

    Sebagai seorang pemimpin dan ADUN , beliau sangat dikenali dengan sifat keramahannya dan merendah diri serta seorang yang suka memperhambakan diri untuk memberikan bantuan perkhidmatan dan kudratnya secara ikhlas dan profesional. Sifat tersebut telah membakar semangat beliau untuk terus bergiat aktif dalam bidang politik dan kemasyarakatan.

    Sebenarnya , minat tersebut telah mula membuak di hati sanubari beliau sejak zaman persekolahannya lagi melalui pendedahan ke majlis-majlis politik yang dihadiri oleh bondanya yang dikasihi dan abangnya yang pada satu ketika dahulu merupakan penggiat dan aktivis politik UMNO tanahair.

    Dibekalkan dengan semangat serta minat beliau itu , maka beliau telah menjadi ahli UMNO sebelum UMNO Baru diwujudkan dan secara rasminya diterima menjadi ahli UMNO pada 13hb Januari 1989 dengan nombor keahlian 00483844.

    Sejak dari tarikh itu, beliau telah bergiat dengan sangat aktif dalam bidang politik dan pernah melalui pelbagai zaman kebangkitan dan kejatuhan politik tanahair. Sepanjang penglibatan dalam bidang politik , beliau telah diberikan amanah untuk memimpin beberapa sayap dan portfolio. Antara jawatan-jawatan politik yang pernah disandang oleh beliau adalah :

  • Ahli UMNO Cawangan Tuna;
  • Bertukar menjadi Ahli UMNO Cawangan Sri Kalui;
  • Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Kalui;
  • AJK beberapa Biro UMNO Bahagian Permatang Pauh;
  • Pengerusi beberapa Biro UMNO Bahagian Permatang Pauh;
  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh;
  • Bendahari Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang;
  • AJK UMNO Bahagian Permatang Pauh;
  • Ketua UMNO Cawangan Sri Kalui ;
  • Bendahari UMNO Bahagian Permatang Pauh ;
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh; dan
  • Ketua Penerangan UMNO Bahagian Permatang Pauh.
  • Kini , beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kawasan Seberang Jaya (N10) sejak tahun 2004 dan memenangi pilihanraya umum sejak dua penggal berturut-turut. Dikala negara dilanda perubahan iklim politik , beliau berjaya mempertahankan kerusi ADUN Seberang Jaya yang disandangnya kini dan merupakan satu-satunya ADUN Barisan Nasional ( BN ) dalam Parlimen Permatang Pauh serta seluruh Daerah Seberang Perai Tengah ( SPT ) yang menang sebagai ADUN BN.

    Di samping bergiat aktif dalam arena politik beliau juga turut terlibat di dalam kegiatan badan bukan kerajaan ( NGO ) . Antara jawatan yang disandang oleh beliau ialah:

    1. Presiden Majlis Perpaduan dan Kebajikan Rakyat Negeri Pulau Pinang;
    2. Timbalan Pengerusi PEMADAM Daerah Seberang Perai Tengah;
    3. Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Seberang Jaya Berhad;
    4. Penasihat Kelab Bell Belia Tamil Permatang Pauh; dan
    5. Penaung dan Penasihat kepada kepada banyak Pertubuhan NGO di Peringkat Negeri dan Pusat.
    1. yb-22
      Disebabkan kegigihan beliau berkhidmat kepada rakyat sebagai wakil rakyat dan rekod beliau sebagai satu-satunya ADUN yang menang dalam Parlimen Permatang Pauh dan Daerah Seberang Perai Tengah , beliau sekali lagi telah diberikan kepercayaan oleh pucuk pimpinan tertinggi Parti UMNO dan Barisan Nasional iaitu YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi dan YAB Dato’Seri Mohd.Najib Tun Razak , bagi beliau mewakili parti BN sebagai calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26hb Ogos 2008 , menentang Ketua Umum Parti KeAdiLan Rakyat ( PKR ) Dato’ Sri Anwar Ibarahim . Walaubagaimanapun , nasib tidak menyebelahi beliau ketika itu dan beliau tewas dalam pilihanraya kecil tersebut sebagai Bakal Ahli Parlimen Permatang Pauh.
      yb-pak-lah1

    Disematkan slogan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi iaitu CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG., beliau senantiasa bertekad memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat dikawasan yang diwakilinya kini, dan membawa pembangunan di kawasan DUN Seberang Jaya kearah tahap Pembangunan Gemilang, serta menempatkan beliau sebagai seorang pemimpin masyarakat yang Terbilang.

    Sebagai kejayaannya , beliau kini merupakan satu-satunya ADUN yang mempunyai dan diiktiraf sebagai Pusat Khidmat Wakil Rakyat pertama dalam sejarah Malaysia diberikan pengiktirafan pensijilan ISO 9001:2000 pada tahun 2005 sehingga saat kini.

      Bagi memudahkan rakyat meluahkan permasalahan yang dihadapi , beliau telah membuka sebuah Pusat Khidmat sepenuh masa dengan dibantu oleh beberapa orang petugas sepenuh masa. Bagi memastikan pengkhususan tanggungjawab untuk petugas-petugasnya, beliau telah mewujudkan sekretariat-sekretariat tertentu. Antaranya :

    1. Sekretariat Permasalahan Rakyat;
    2. Sekretariat Sumber Manusia;
    3. Sekretariat Kebajikan;
    4. Sekretariat Keselamatan;
    5. Sekretariat Hal Ehwal Kaum Cina;
    6. Sekretariat Hal Ehwal Kaum India;
    7. Sekretariat Hal Ehwal Pendidikan & Kebudayaan ;
    8. Unit Agama Islam dan Qariah;
    9. Unit Perhubungan Awam;
    10. Unit Pembangunan Usahawan dan Belia .
    11. Pusat Khidmat YB Datuk Arif Shah adalah di antara Pusat Khidmat yang paling aktif dengan berbagai kegiatan dan aktiviti dijalankan dari masa ke semasa. Pusat Khidmat YB Datuk Arif Shah juga telah diberikan satu pengiktirafan oleh satu badan NGO sebagai satu Pusat Khidmat yang terbanyak memberikan perkhidmatan dan sumbangan kepada rakyat dan telah diberikan anugerah wang tunai sebanyak RM20,000.00.

      Harapan beliau adalah agar YAB pucuk pimpinan parti akan memberi peluang kepada beliau untuk terus disambung menjadi calon di dalam pilihanraya akan datang dan berdoa untuk memenangi di dalam pilihanraya tersebut dengan majoriti yang lebih tinggi . Semoga beliau akan memberikan sumbangan tenaga, idea dan kepakaran bukan sahaja di peringkat kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Seberang Jaya tetapi ke peringkat Negeri Pulau Pinang dan Pusat.    Insya-Allah.

    cialis pharmacie cialis generique cialis prix lovegra avis levitra achat kamagra avis cialis lilly viagra femme achat levitra levitra 20 prix cialis viagra ordonnance acheter levitra kamagra 100mg viagra moins cher kamagra pharmacie levitra france pharmacie viagra viagra prix femme viagra acheter cialis viagra 50mg original cialis kamagra en pharmacie