Arifshah.com

Unit Pembangunan Usahawan dan Belia

Unit Pembangunan Usahawan dan Belia, Kadun Seberang Jaya , diberi peranan oleh YB Datuk Arif Shah ( ADUN Seberang Jaya ) bagi menyelaras dan memantau kegiatan serta program yang berhubung kait dengan golongan sasar iaitu Usahawan dan Para Belia khususnya dalam Kawasan DUN Seberang Jaya ini.Unit ini bertindak sebagai pengantara diantara Usahawan dan Agensi berkaitan dalam usaha penyaluran maklumat dan menjayakan aspirasi negara dalam industri keusahawanan.

Pelbagai program pembangunan usahawan telah dirangka dan dikenal pasti untuk dianjurkan khusus untuk para usahawan yang berminat. Antara program yang telah dikenal pasti adalah ;

• Kursus Asas Keusahawanan - ( 1 hari )
• Kursus Etika Pengarah Syarikat Sdn.Bhd. - ( 2 hari )
• Kursus GUnting Rambut Lelaki - ( 4 hari )
• Bengkel Membaiki Komputer - (2 hari )
• Kursus Memproses Kopi / Teh Segera - ( 2 hari )
• Kursus Memproses Leng Kong - ( 1 hari )
• Kursus Memproses Kacang Soya / Tau Fu Fah - (2 hari )
• Bengkel Urut Tradisional - ( 3 hari )
• Kursus Pemasaran Produk - ( 1 minggu )
• Kursus Ternakan Lintah - ( 1 hari )
• Kursus Ternakan Lembu / Kambing - ( 3 hari )
• Kursus Pemprosesan Jus Kordial ( Mangga, Laici, Strawberry, Ros, Oren ) - ( 2 hari )
• Kursus Memproses Makanan Sejuk Beku ( Roti Arab , Capati , Nan ) - ( 2 hari )
• Kursus Kecantikan - ( 1 hari )
• Kursus Apom Lenggang - ( 1 hari )
• Kursus Jahitan Manik pada Pakaian - ( 1 hari )
• Kursus Gubahan Hantaran - ( 1 hari )
• Bengkel Pengucapan Awam ( Public Speaking ) - ( 2 hari )
• Kursus Penyediaan Nasi Lamuni - ( 1 hari )
• Bengkel Pengedar Sos - ( 1 hari )
• Kursus Pengurusan Stress - ( 1 hari )
• Kursus Penanaman Nenas - ( 3 hari )
• Kursus Ternakan Itik dan Pemprosesan Telur Ikan Masin - ( 3 hari )
• Bengkel Penggubahan Bunga Dip. - ( 2 hari )
• Kursus Teknikal Kontraktor Kecil - ( Pelbagai Skop Kemahiran Kerja )

Secara dasarnya, program-program tersebut dirangka bertujuan membentuk bakal usahawan dan menambah pengetahuan dan kemahiran usahawan sediaada agar dapat mempelbagaikan lagi produk mereka bagi melahirkan modal insan yang berketrampilan. Selain itu, golongan lepasan IPTA /IPTS turut digalakkan menyertai program yang dirangka bagi mengurangkan golongan pengangguran dikalangan lepasan Universiti dan menggalakkan golongan ini menceburi bidang keusahawanan.

Setiap sesi kursus akan dijalankan bersama agensi terbabit dan mengikut kesesuaian serta bilangan peserta yang ditetapkan. Di akhir sesi kursus, para peserta akan dibekalkan dengan sijil yang akan menjadi dokumen sokongan untuk mereka memohon pinjaman perniagaan kelak.

Bagi para usahawan yang berminat, pelbagai insentif bantuan modal dan pinjaman perniagaan disediakan oleh beberapa agensi Kerajaan Persekutuan dan Swasta bertujuan membantu merealisasikan hasrat melahirkan lebih ramai usahawan berketrampilan khususnya dalam kawasan DUN Seberang Jaya ini.

Para usahawan yang berhasrat mendapatkan maklumat lanjut , bolehlah menemui Ketua Unit Pembangunan Usahawan & Belia, Kadun Seberang Jaya bagi tujuan penerangan lanjut. Hasrat murni yang diilhamkan oleh YB Datuk Arif Shah ( ADUN Seberang Jaya ) kini dalam penganjuran program seumpama ini adalah bertujuan memberikan panduan dan menjadi pusat informasi setempat usahawan dalam konteks melahirkan usahawan yang berjaya.